love

love

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ARISSA

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

ALIF ZIYAD

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday 17 June 2014

THROWBACK MEMORY

Assalamualaikum.....

Setiap orang ada cara tersendiri utk rasa lebih bahagia...lebih mengasihi..lebih bertanggungjawab dan yg sewaktu dgn nya.... zaman sekarang boleh dikatakan setiap sorg akan melakukan lebih dari satu kerja.. baik yg kerja sorg mahupun yg kerja dua org... kalau  dua orang kja gaji lebat sikit mgkin di kecualikan... dgn anak2 yg semakin membesar dari hari ke hari... Apa2 pun semoga seiring sejalan semuanya....

Cuti sekolah 2minggu dr hujung bulan Mei hingga pertengahan bulan June, aku habiskan dengan anak2 kat kampung.. selalunya pun memang macam tu..cuti sekolah ja memang aku dgn anak2 akan balik kampung...banyak aktiviti kat kampung tuk anak2..tengkiu en. suami sebab bagi kebenaran kami balik... Minggu pertama kali ni kami balik kampung sebelah mertua.. Kulim dulu.. habis seminggu kat sana aku balik perlis kembali.. tapi anak2 kat Perlis.. aku pulak balik Melaka teman kan en. suami seminggu.. sekali sekala bila dah beranak pinak ni kena jugak ada masa utk berdua duaan kan.. tak bermaksud lupakan anak2 pulak kan... anak2 mana boleh lupa..setiap detik asyik ingatkan diorg... Alhamdulillah...x perlu nak ke mana2 utk berdua duaan..just kat melaka ja... kami tengok Movie... Meleficient & Edge of Tomorrow.. ADIL!! hihi.. Tengkiu sayang...utk setiap detik2 indah...

Ondaway balik dr Melaka menuju Utara tuk amik anak2,. entah macam mana boleh dok mengimbas balik kenangan2 yg telah lepas.. Nak dijadikan cerita aku bermula dgn kononnya bila Arissa n Alif dah berumur 7tahun nanti aku cadangkan kat en. suami tuk bawak diorg pergi berniaga..supaya diorg berminat pastu boleh belajar n tahu susah nya Mak Ayah nak cari sesuap rezeki..bukan maksud nak membebankan tp just nak diorg paham n BERMINAT.. supaya empayar Ayah diorg ni lebih maju.. amiin... In shaa Allah...

Cerita pasal berniaga ni..kalau cerita kat orang entah orang percaya atau pun tidak.. sebelum mengandungkan Arissa.. hidup berdua memang x rasa apa2.. bila dah mengndungkan Arissa time tu dah rasa banyak duit nak pakai ni..banyak barang nak kena beli.. ya lakan.. anak sulong.. masa tu en. suami tgh kursus 2 tahun kat Kluang.. aku pulak tgh study lagi tp dah Last Semester... pk punya pk kebetulan dan jugak bernasib baik ada mak sedara ada kedai menjahit baju2 ni..so aku pun try kol mak lang n bgtau nak kerja dgn dia.. dia cakap ok..boleh mai bila2 pun..so aku start kerja setiap hari jumaat sabtu dan ahad..aku p sebelah petang pukul 2 sampai 6.. hari2 biasa lak aku p time kelas habis awl... alhamdulillah... duit gaji dari situ aku dapat beli barang2 tuk Arissa COMPLETE.. x ada yg kurang pun utk first baby..gaji aku nak tau x berapa RM?? RM400 ja.. syukur... tak lupa jugak nak bagitau..aku sebenarnya mmg jenis x reti nak duduk saja..dr zaman belajar kat Politeknik lagi aku dah start keja part time kat kedai makan..position? semua position pun aku buat..amik order..ceduk nasi..bancuh air..kdg2 cuci pinggan... nikmat time dapat gaji...boleh la beli apa aku hingin masa time anak dara dulu... kiranya x da satu pun yg aku kempunan..ok la tu kan..reward kan diri setelah penat bekerja... family?? family aku x ada la susah sgt..n x la senang sgt kot..tp Ayah aku mmg dah ajaq dr kecik supaya x bermewah2.. kalau mintak 20 sen..dia kasi 10 sen..time tu mmg aku adik beradik baru umo 5 6 tahun mcm tu..mmg kami cakap Ayah kedekut.. tp sekarang bila dah besaq baru aku paham segala galanya..... Terima Kasih, Ayah...

ok..cerita selepas Arissa dilahirkan pulak....  lepas bersalinkan Arissa..aku masih di Perlis.. En. suami kat Melaka..masih PJJ kami...2 minggu kat Perlis.. 2 minggu kat Melaka..mcm tu la berulang smpai satu masa tu aku pun secara rasminya berpindah ke Melaka... bila dah bergabung mmg hepi sgt2..tp time tu jgk sedar besarnya TanggungJawab bakal dipikul... sebabnya aku x bekerja... hanya En. suami.. Cerita pasal MLM.. semua orang pun tahu kan apa itu MLM? en. suami aku ni sebenarnya bukan la seorang yg mudah terjebak ngn biznes2 yg mcm tu.. dah berapa orang yg mengajak sebelum2 tu.. semua nya di tolak.. sampai la satu waktu tu... en.suami dah terima..dah join.. then baru bagitau aku... nak bg pendapat pun dh x guna la kan..sbb dah join dah pun.. dah hati dan jiwa aku ni mmg sgt2 x boleh terima.. tp aku tetap buang jauh2 perasaan tu sbb sapa lagi partner jiwa yg boleh bagi semangat kan... aku tetap bg semangat..aku ikut kemana dia pergi... boleh dikatakn mmg dah berhasil.. Tiba2 en.suami bersuara.. dia berhasrat nak cuti tanpa gaji 6 bulan..tuk fokus dgn benda tu.. aku yg time tu dah nampk hasil sikit2, aku ikutkan saja..bila dah mohon, resultnya cuti dpt 3 bulan saja..its ok.. so kami packing2 baju tuk balik kg..tup2 sampai ja kampung...cuti pun dah bermula..sekali biznes tu terus drop!! tumbang!! mati!! Ya Allah tuhan saja yg tau... sbb nya jatuh susah ketika di kampung..di depan keluarga.. dn x ada preparation langsung..x da satu  sen bekal pun dalam bank tuk tampung keadaan.. tp nak dijadikan cerita... Cerita Permulaan utk segala
galanya.....

aku x tahu apa yg en. suami fikirkan.. bukan sebab aku xmau amik tau..sebab aku xmau dia bertambah serabut..aku cuma bertanya sikit2..itu pun rasany x selalu.. tiba2 en. suami ajak aku p alor setar(kalau x silap) amik baju tshirt kat membe dia.. en. suami cakap nak try jual.. aku tertanya2 jugak time tu, nak jual kat mana.. kebetulan jugak mak lang masa tu baru nak mula kuar berniaga kat pasar tani.. ok, kami bermula di Pasar Tani, Taman Sena Indah.. kami amik baju lebih kurang berharga dlm rm300 tuk permulaan.. itu pun secara hutang..amik jual dulu bayaq kemudian..amik kat membe boleh la kan.. kat supplier besaq mana nak dapat..start meniaga kat pasar tani hasilnya memberansangkan jugak...jd utk memenuhkan masa yg terluang tu kami berbincang lagi nak p cari rezeki kat mana lagi... ok kami p try nasib kat Nat Behor Lateh... cari port kosong, bentang tikar (pakai tikar ja masa tu, sbb modai x dak nak beli lengkap) pastu longgok kan baju2 tu.. Maari.. Mari.. sehelai Rm10 saja.. beli hari ni esok mesti cari lagi.. tu la ayat yg en. suami guna... Aku??? tahu tak aku dok kat mana masa tu?? aku lari sembunyi dalam kereta... x tahu pasai pa time tu aku rasa malu sangat2 nak berdepan dengan org.... Lama jugak aku kat dlm kereta tu.. smbil dok perati en. suami, smbil aku dok berfikir... kesiannya kat en. suami, dah la payung apa pun xdak.. betoi2 dok bawah panas matahari..aku pulak sedap2 sembunyi kat dlm kereta... pastu sedap2 nak mkn hasil.... jadi aku terus kuat kan diri keluaq dari kereta..berdiri sama2 dgn en. suami... alhamdulillah...hasil hari itu terus meningkat... duit modal dah asingkan..duit untung kami terus p beli kaki meja, papan playwood.. payung untuk berteduh ja kami pinjam kat org sementara nak beli baru.. tiap2 hari aktiviti berterusan mcm tu seperti biasa.... kemudian berjumpa dengan bulan Ramadhan..pun kami berniaga seperti biasa.. hingga la berjumpa dgn ekspo raya..itula ekspo pertama kami join..jual pun barang RM10 saja.. tp alhamdulillah semuanya di luar jangkaan.. buat tanpa perancangan langsung...tp tu semua perancangan Allah swt.. DIA yg maha lebih mengetahui.....

Lepas raya, en. suami kembali bertugas seperti biasa... ok, en suami baru saja meluahkan yg beliau sangat2 malu nak hadap muka kawan2...lagi2 kawan2 yg jadi downline.. Ya Allah, terasa mcm nak jumpa sorg2 nak mintak maaf sgt2..
Nak dijadikan rezeki, en suami ckp dia pegi kat tapak Uptown Dataran Pahlawan.. cuba nasib mana tau ada peluang.. kami bukan orang Melaka.. kami x kenal sapa2 pun... tp tepat pada masa, ada org nak jual tapak... tapak tu kat belakang sekali.. utk otai2 tapak tu sebelah mata ja la org pandang... tp xpa..cub dulu yg penting.. beli tapak tu RM1800 kalau x silap...ok time ni aku mengndungkan anak kedua si Alif..dgn keadaan yg x menentu tu aku risau sebenaqnya dgn kehamilan kali ni.. tp en.suami ckp sabaq byk2..mesti ada rezeki anak2....
Kami berpindah dari Bukit Katil ke Cheng.. Taman Bertam Jaya..aku tanya en. suami kenapa nak pindah? x jauh ke nak pegi keja kat Ayer Keroh? dia ckp, jauh dr tempat kerja x apa, asalkan dekat dgn tempat nak pegi niaga.. lepas dah dpt tapak Uptown, en suami sambil2 masuk pasar malam...Isnin hingga Khamis kami sama2 masuk pasar malam.. ada rezeki lebih sikit kami beli kereta toyota wagon pjg (x ingat dah plate number, pic pun lupa amik buat kenangan), beli kereta tu senang nak simpan barang, stok, khemah semua..beli kereta tu pun RM1500, boleh kata mau berat lai memang roboh la kereta tu..xpa la pakai selagi boleh..Jumaat Sabtu Ahad en. suami masuk Uptown.. Non stop buat kerja...letih x usah cakap la... aku tolong selagi terdaya.. membawa perut yg kian sarat..Life mmg xda masa tu.. yg ada cuma kerja..kerja..kerja.. dah stabil skit kami tukar kereta tu beli van.. van utk bawak barang berniaga jugak.. van tu pun condition 50/50.. tp boleh gagah lagi.. baru duduk kat Cheng hampir 6 bulan tiba2 tuan rumah sms cakap dia nak balik duduk rumah tu.. masa tu tgh bulan dgn baki 2 minggu kami kena cari rumah secepat mungkin...aku mcm nak naik angin jgk..mna ada org nak kuar rumah time tgh bulan...tp redha kn aja la...dugaan...balik dr kerja en suami ronda g cari rumah..x jugak jumpa2..last2 dapat rumah kat Bukit Rambai... hati aku sgt2 berat..sbb pikir kan jauh nak ke bandar.. rumah mmg la x berapa selesa..tp pilihan dah xda..masa kian suntuk... cobaan duduk jauh dr family..packing baju pun dgn mood yg x heppi.. tiba2 last minit en. suami kol cakap dh dapat rumah lain.. rumah bos en. suami time tu.. mlm tu terus en.suami bawak aku g tgk rumah... Ya Allah selesa sgt2..alhamdulillah ada rezeki di saat2 akhir.. esoknya aku teruskan lagi packing semua barang..kali ni laju aku buat kerja...hihi.. rumah yg kami dapat tu alhamdulillah masih lagi kami huni sehingga sekarang.. Taman Tun Fatimah..dah selesa kat sini..rasa mcm xhingin dah tempat lain...tp rumah sewa ja kan..haruslah bersedia sentiasa....

Sejak berpindah ke rumah yg ketiga tu, en suami dh masuk lagi pasar malam...dia ckp  jauh nak ulang alik dah.. kami berserah ja la.. cr rezeki kat uptown ja..alhamdulillah bila dah ramai kawan2 berniaga sekali ni..dpt la jugak peluang join ekspo pulak..bila dah semakin stabil..sekarang hanya perlu maintainkan apa yg dah buat..alhamdulillah semakin hari semakin baik..rezeki utk anak2.. hobi aku membaca..aku ada baca satu kata2 tu..dan bila aku pikirkan ada betul juga :


REZEKI ADA PADA ANAK
SEMASA BAYI ITU LAHIR, 4 PERKARA DITETAPKAN, 
ANTARANYA IALAH REZEKI,
DAN REZEKI ANAK ITU JUGA AKAN TURUN KEPADA IBU BAPANYA......

Ya Allah, aku bersyukur menjadi insan yg sentiasa di duga, aku bersyukur dengan jodoh yg ditetapkan untuk aku.. aku bersyukur mempunyai suami yang sentiasa memikul tanggungjawabnya dengan baik..

Semasa kami dok throwback kenangan tu, aku sebenaqnya x mampu nak tgk wajah dia...sebab aku dok menahan air mata takut ia gugur ke pipi...dan aku juga tau en. suami pun tgh sebak time tu..tp di sebabkan cuaca dah gelap masa tu...masing2 boleh sembunyikan keadaan masing2... 

Buat en suami, saya dah kotakan janji saya sejak dr zaman kita bercinta dulu... Susah Senang sentiasa bersama harapnya hingga ke syurga.. amiin..

Orang yg x mengalami situasi tu x kan pernah rasa.. Stress yg amat2.. smpai aku kdg2 rasa aku x mendatangkan manfaat.. sebabnya aku x bekerja... sekarang bila anak2 dah sekolah..anak2 pun dah bertambah.. aku bersyukur aku tak bekerja.. aku boleh tengok anak2 aku membesar..aku boleh rasa kekalutan yg mak aku rasa membesarkan kami 5 orang adik beradik yang boleh dikatakan rapat2 jugak...mak aku jugak seorang suri rumah... paling seronok boleh hantar dan ambil anak balik sekolah.. senang ckp boleh pantau aktiviti depa.. in shaa Allah...

semua cerita kat atas ni adalah coretan memory aku sepanjang 5 tahunn yg lepas.. fasa pertama yg penuh dugaan alhamdulillah dpt kami tempohi.. nikmat duduk di tempat orang..merasa penat, kalut, pening dengan ibu bapa yg jauh sebenaqnya sgt2 memberi pengajaran buat aku...... alhamdulillah.. anak2 membesar dengan hasil jualan Seluar Sukan dan khidmat en suami di sektor kerajaan..