love

love

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ARISSA

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

ALIF ZIYAD

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday 17 June 2014

THROWBACK MEMORY

Assalamualaikum.....

Setiap orang ada cara tersendiri utk rasa lebih bahagia...lebih mengasihi..lebih bertanggungjawab dan yg sewaktu dgn nya.... zaman sekarang boleh dikatakan setiap sorg akan melakukan lebih dari satu kerja.. baik yg kerja sorg mahupun yg kerja dua org... kalau  dua orang kja gaji lebat sikit mgkin di kecualikan... dgn anak2 yg semakin membesar dari hari ke hari... Apa2 pun semoga seiring sejalan semuanya....

Cuti sekolah 2minggu dr hujung bulan Mei hingga pertengahan bulan June, aku habiskan dengan anak2 kat kampung.. selalunya pun memang macam tu..cuti sekolah ja memang aku dgn anak2 akan balik kampung...banyak aktiviti kat kampung tuk anak2..tengkiu en. suami sebab bagi kebenaran kami balik... Minggu pertama kali ni kami balik kampung sebelah mertua.. Kulim dulu.. habis seminggu kat sana aku balik perlis kembali.. tapi anak2 kat Perlis.. aku pulak balik Melaka teman kan en. suami seminggu.. sekali sekala bila dah beranak pinak ni kena jugak ada masa utk berdua duaan kan.. tak bermaksud lupakan anak2 pulak kan... anak2 mana boleh lupa..setiap detik asyik ingatkan diorg... Alhamdulillah...x perlu nak ke mana2 utk berdua duaan..just kat melaka ja... kami tengok Movie... Meleficient & Edge of Tomorrow.. ADIL!! hihi.. Tengkiu sayang...utk setiap detik2 indah...

Ondaway balik dr Melaka menuju Utara tuk amik anak2,. entah macam mana boleh dok mengimbas balik kenangan2 yg telah lepas.. Nak dijadikan cerita aku bermula dgn kononnya bila Arissa n Alif dah berumur 7tahun nanti aku cadangkan kat en. suami tuk bawak diorg pergi berniaga..supaya diorg berminat pastu boleh belajar n tahu susah nya Mak Ayah nak cari sesuap rezeki..bukan maksud nak membebankan tp just nak diorg paham n BERMINAT.. supaya empayar Ayah diorg ni lebih maju.. amiin... In shaa Allah...

Cerita pasal berniaga ni..kalau cerita kat orang entah orang percaya atau pun tidak.. sebelum mengandungkan Arissa.. hidup berdua memang x rasa apa2.. bila dah mengndungkan Arissa time tu dah rasa banyak duit nak pakai ni..banyak barang nak kena beli.. ya lakan.. anak sulong.. masa tu en. suami tgh kursus 2 tahun kat Kluang.. aku pulak tgh study lagi tp dah Last Semester... pk punya pk kebetulan dan jugak bernasib baik ada mak sedara ada kedai menjahit baju2 ni..so aku pun try kol mak lang n bgtau nak kerja dgn dia.. dia cakap ok..boleh mai bila2 pun..so aku start kerja setiap hari jumaat sabtu dan ahad..aku p sebelah petang pukul 2 sampai 6.. hari2 biasa lak aku p time kelas habis awl... alhamdulillah... duit gaji dari situ aku dapat beli barang2 tuk Arissa COMPLETE.. x ada yg kurang pun utk first baby..gaji aku nak tau x berapa RM?? RM400 ja.. syukur... tak lupa jugak nak bagitau..aku sebenarnya mmg jenis x reti nak duduk saja..dr zaman belajar kat Politeknik lagi aku dah start keja part time kat kedai makan..position? semua position pun aku buat..amik order..ceduk nasi..bancuh air..kdg2 cuci pinggan... nikmat time dapat gaji...boleh la beli apa aku hingin masa time anak dara dulu... kiranya x da satu pun yg aku kempunan..ok la tu kan..reward kan diri setelah penat bekerja... family?? family aku x ada la susah sgt..n x la senang sgt kot..tp Ayah aku mmg dah ajaq dr kecik supaya x bermewah2.. kalau mintak 20 sen..dia kasi 10 sen..time tu mmg aku adik beradik baru umo 5 6 tahun mcm tu..mmg kami cakap Ayah kedekut.. tp sekarang bila dah besaq baru aku paham segala galanya..... Terima Kasih, Ayah...

ok..cerita selepas Arissa dilahirkan pulak....  lepas bersalinkan Arissa..aku masih di Perlis.. En. suami kat Melaka..masih PJJ kami...2 minggu kat Perlis.. 2 minggu kat Melaka..mcm tu la berulang smpai satu masa tu aku pun secara rasminya berpindah ke Melaka... bila dah bergabung mmg hepi sgt2..tp time tu jgk sedar besarnya TanggungJawab bakal dipikul... sebabnya aku x bekerja... hanya En. suami.. Cerita pasal MLM.. semua orang pun tahu kan apa itu MLM? en. suami aku ni sebenarnya bukan la seorang yg mudah terjebak ngn biznes2 yg mcm tu.. dah berapa orang yg mengajak sebelum2 tu.. semua nya di tolak.. sampai la satu waktu tu... en.suami dah terima..dah join.. then baru bagitau aku... nak bg pendapat pun dh x guna la kan..sbb dah join dah pun.. dah hati dan jiwa aku ni mmg sgt2 x boleh terima.. tp aku tetap buang jauh2 perasaan tu sbb sapa lagi partner jiwa yg boleh bagi semangat kan... aku tetap bg semangat..aku ikut kemana dia pergi... boleh dikatakn mmg dah berhasil.. Tiba2 en.suami bersuara.. dia berhasrat nak cuti tanpa gaji 6 bulan..tuk fokus dgn benda tu.. aku yg time tu dah nampk hasil sikit2, aku ikutkan saja..bila dah mohon, resultnya cuti dpt 3 bulan saja..its ok.. so kami packing2 baju tuk balik kg..tup2 sampai ja kampung...cuti pun dah bermula..sekali biznes tu terus drop!! tumbang!! mati!! Ya Allah tuhan saja yg tau... sbb nya jatuh susah ketika di kampung..di depan keluarga.. dn x ada preparation langsung..x da satu  sen bekal pun dalam bank tuk tampung keadaan.. tp nak dijadikan cerita... Cerita Permulaan utk segala
galanya.....

aku x tahu apa yg en. suami fikirkan.. bukan sebab aku xmau amik tau..sebab aku xmau dia bertambah serabut..aku cuma bertanya sikit2..itu pun rasany x selalu.. tiba2 en. suami ajak aku p alor setar(kalau x silap) amik baju tshirt kat membe dia.. en. suami cakap nak try jual.. aku tertanya2 jugak time tu, nak jual kat mana.. kebetulan jugak mak lang masa tu baru nak mula kuar berniaga kat pasar tani.. ok, kami bermula di Pasar Tani, Taman Sena Indah.. kami amik baju lebih kurang berharga dlm rm300 tuk permulaan.. itu pun secara hutang..amik jual dulu bayaq kemudian..amik kat membe boleh la kan.. kat supplier besaq mana nak dapat..start meniaga kat pasar tani hasilnya memberansangkan jugak...jd utk memenuhkan masa yg terluang tu kami berbincang lagi nak p cari rezeki kat mana lagi... ok kami p try nasib kat Nat Behor Lateh... cari port kosong, bentang tikar (pakai tikar ja masa tu, sbb modai x dak nak beli lengkap) pastu longgok kan baju2 tu.. Maari.. Mari.. sehelai Rm10 saja.. beli hari ni esok mesti cari lagi.. tu la ayat yg en. suami guna... Aku??? tahu tak aku dok kat mana masa tu?? aku lari sembunyi dalam kereta... x tahu pasai pa time tu aku rasa malu sangat2 nak berdepan dengan org.... Lama jugak aku kat dlm kereta tu.. smbil dok perati en. suami, smbil aku dok berfikir... kesiannya kat en. suami, dah la payung apa pun xdak.. betoi2 dok bawah panas matahari..aku pulak sedap2 sembunyi kat dlm kereta... pastu sedap2 nak mkn hasil.... jadi aku terus kuat kan diri keluaq dari kereta..berdiri sama2 dgn en. suami... alhamdulillah...hasil hari itu terus meningkat... duit modal dah asingkan..duit untung kami terus p beli kaki meja, papan playwood.. payung untuk berteduh ja kami pinjam kat org sementara nak beli baru.. tiap2 hari aktiviti berterusan mcm tu seperti biasa.... kemudian berjumpa dengan bulan Ramadhan..pun kami berniaga seperti biasa.. hingga la berjumpa dgn ekspo raya..itula ekspo pertama kami join..jual pun barang RM10 saja.. tp alhamdulillah semuanya di luar jangkaan.. buat tanpa perancangan langsung...tp tu semua perancangan Allah swt.. DIA yg maha lebih mengetahui.....

Lepas raya, en. suami kembali bertugas seperti biasa... ok, en suami baru saja meluahkan yg beliau sangat2 malu nak hadap muka kawan2...lagi2 kawan2 yg jadi downline.. Ya Allah, terasa mcm nak jumpa sorg2 nak mintak maaf sgt2..
Nak dijadikan rezeki, en suami ckp dia pegi kat tapak Uptown Dataran Pahlawan.. cuba nasib mana tau ada peluang.. kami bukan orang Melaka.. kami x kenal sapa2 pun... tp tepat pada masa, ada org nak jual tapak... tapak tu kat belakang sekali.. utk otai2 tapak tu sebelah mata ja la org pandang... tp xpa..cub dulu yg penting.. beli tapak tu RM1800 kalau x silap...ok time ni aku mengndungkan anak kedua si Alif..dgn keadaan yg x menentu tu aku risau sebenaqnya dgn kehamilan kali ni.. tp en.suami ckp sabaq byk2..mesti ada rezeki anak2....
Kami berpindah dari Bukit Katil ke Cheng.. Taman Bertam Jaya..aku tanya en. suami kenapa nak pindah? x jauh ke nak pegi keja kat Ayer Keroh? dia ckp, jauh dr tempat kerja x apa, asalkan dekat dgn tempat nak pegi niaga.. lepas dah dpt tapak Uptown, en suami sambil2 masuk pasar malam...Isnin hingga Khamis kami sama2 masuk pasar malam.. ada rezeki lebih sikit kami beli kereta toyota wagon pjg (x ingat dah plate number, pic pun lupa amik buat kenangan), beli kereta tu senang nak simpan barang, stok, khemah semua..beli kereta tu pun RM1500, boleh kata mau berat lai memang roboh la kereta tu..xpa la pakai selagi boleh..Jumaat Sabtu Ahad en. suami masuk Uptown.. Non stop buat kerja...letih x usah cakap la... aku tolong selagi terdaya.. membawa perut yg kian sarat..Life mmg xda masa tu.. yg ada cuma kerja..kerja..kerja.. dah stabil skit kami tukar kereta tu beli van.. van utk bawak barang berniaga jugak.. van tu pun condition 50/50.. tp boleh gagah lagi.. baru duduk kat Cheng hampir 6 bulan tiba2 tuan rumah sms cakap dia nak balik duduk rumah tu.. masa tu tgh bulan dgn baki 2 minggu kami kena cari rumah secepat mungkin...aku mcm nak naik angin jgk..mna ada org nak kuar rumah time tgh bulan...tp redha kn aja la...dugaan...balik dr kerja en suami ronda g cari rumah..x jugak jumpa2..last2 dapat rumah kat Bukit Rambai... hati aku sgt2 berat..sbb pikir kan jauh nak ke bandar.. rumah mmg la x berapa selesa..tp pilihan dah xda..masa kian suntuk... cobaan duduk jauh dr family..packing baju pun dgn mood yg x heppi.. tiba2 last minit en. suami kol cakap dh dapat rumah lain.. rumah bos en. suami time tu.. mlm tu terus en.suami bawak aku g tgk rumah... Ya Allah selesa sgt2..alhamdulillah ada rezeki di saat2 akhir.. esoknya aku teruskan lagi packing semua barang..kali ni laju aku buat kerja...hihi.. rumah yg kami dapat tu alhamdulillah masih lagi kami huni sehingga sekarang.. Taman Tun Fatimah..dah selesa kat sini..rasa mcm xhingin dah tempat lain...tp rumah sewa ja kan..haruslah bersedia sentiasa....

Sejak berpindah ke rumah yg ketiga tu, en suami dh masuk lagi pasar malam...dia ckp  jauh nak ulang alik dah.. kami berserah ja la.. cr rezeki kat uptown ja..alhamdulillah bila dah ramai kawan2 berniaga sekali ni..dpt la jugak peluang join ekspo pulak..bila dah semakin stabil..sekarang hanya perlu maintainkan apa yg dah buat..alhamdulillah semakin hari semakin baik..rezeki utk anak2.. hobi aku membaca..aku ada baca satu kata2 tu..dan bila aku pikirkan ada betul juga :


REZEKI ADA PADA ANAK
SEMASA BAYI ITU LAHIR, 4 PERKARA DITETAPKAN, 
ANTARANYA IALAH REZEKI,
DAN REZEKI ANAK ITU JUGA AKAN TURUN KEPADA IBU BAPANYA......

Ya Allah, aku bersyukur menjadi insan yg sentiasa di duga, aku bersyukur dengan jodoh yg ditetapkan untuk aku.. aku bersyukur mempunyai suami yang sentiasa memikul tanggungjawabnya dengan baik..

Semasa kami dok throwback kenangan tu, aku sebenaqnya x mampu nak tgk wajah dia...sebab aku dok menahan air mata takut ia gugur ke pipi...dan aku juga tau en. suami pun tgh sebak time tu..tp di sebabkan cuaca dah gelap masa tu...masing2 boleh sembunyikan keadaan masing2... 

Buat en suami, saya dah kotakan janji saya sejak dr zaman kita bercinta dulu... Susah Senang sentiasa bersama harapnya hingga ke syurga.. amiin..

Orang yg x mengalami situasi tu x kan pernah rasa.. Stress yg amat2.. smpai aku kdg2 rasa aku x mendatangkan manfaat.. sebabnya aku x bekerja... sekarang bila anak2 dah sekolah..anak2 pun dah bertambah.. aku bersyukur aku tak bekerja.. aku boleh tengok anak2 aku membesar..aku boleh rasa kekalutan yg mak aku rasa membesarkan kami 5 orang adik beradik yang boleh dikatakan rapat2 jugak...mak aku jugak seorang suri rumah... paling seronok boleh hantar dan ambil anak balik sekolah.. senang ckp boleh pantau aktiviti depa.. in shaa Allah...

semua cerita kat atas ni adalah coretan memory aku sepanjang 5 tahunn yg lepas.. fasa pertama yg penuh dugaan alhamdulillah dpt kami tempohi.. nikmat duduk di tempat orang..merasa penat, kalut, pening dengan ibu bapa yg jauh sebenaqnya sgt2 memberi pengajaran buat aku...... alhamdulillah.. anak2 membesar dengan hasil jualan Seluar Sukan dan khidmat en suami di sektor kerajaan..


Tuesday 27 May 2014

Kisah Minyak Panas

assalamualaikum....

Penghujung bulan April... masa tu tgh counting days tunggu saat gembira... Orang tua2 selalu berpesan... Jangan gembira sgt, kot satg sedih plak..  nak kata terlampau gembira tu xla sgt.. tp mcm pesanan tu jgk... disebalik rasa gembira tu Tuhan selitkan juga rasa sedih..utk bagi ingatan kat diri sendiri jgn alpa dgn harta dunia...

nak dijadikan cerita..hari tu (aku dh mls nak ingat tarikh), en. suami cuti..sbb nak kena ke Muar submit dokumen2 penting...so aku ngn ank2 pun ikut sekali...balik dr muar singgah makan..then pergi ke jeti kat merlimau tu konon nak beli ikan fresh... dlm hati dok berpikir dh..ok mlm ni nak buat sotong goreng tepung..coz kemarin beli sotong yg agak besar jgk...fresh lagi kat kedai barang basah, peringgit.

so.. smpai umah, selesai salin baju anak2..aku pun mula la operasi nak buat Sotong Goreng Tepung... kononnya nak layan tv satg smbil mkn sotong tu ler... celah2 tu jgk en.suami tiba2 bersuara nak p potong rambut...dh panas katanya..aku suruh dia bawakan Alif sekali..botakkan si Alif sbb rambut dh tebal.. Alif ni lasak jgk budaknya..smpai kan kalau xda assistant mmg pikir 2-3 kali nak bawak ke tak... akhirnya en.suami ambik keputusan x mau bawak.. si Alif ni plak dh excited nak g potong rambut...dh kuar umah pakai selipar nak naik kereta..alih2 en. suami masuk kan dia dalam umah... itu lah org cakap.. kalau benda dh nak jadi mcm mana planning pun tetap jadi..

bila dh x jadi pergi..budak2 ni apa lagi..fokus la kat aku yg tgh sibuk kat dapur.. siap lapik kerusi nk tgk apa yg ibu depa tgh buat.. aku ni boleh kata tiap2 hari berperang dgn budak2 ni kat dapur..ya la tempat bahaya kan kalau tgh masak... mula tu dh bersuara lembut.. "kakak..ajak alif masuk dalam, ibu nak goreng sotong ni..nanti sotong ni meletup sakit tau...", ok langsung x di endahkan..sibuk nak tgk jgk... ok fine..aku rasa xpa lah kali ni..sbb aku pun ada sekali ngn depa time tu.. batch pertama sotong goreng tepung aku dah angkat dan toskan...then masuk kan batch kedua...tgn time tu penuh dgn tepung.. aku pusing sekejap nak basuh tgn..then pusing balik tgk2 masa tu alif tgh menginjat nak capai suis..tgh2 tu jgk lah kerusi tu terganjak..aku terlambat capai badan alif..tgn kiri alif dh tertepuk kuali..kuali tersenget minyak tertumpah sikit ke badan...sikit pun dan tentu2 lah sakit kan...alif terus mggelupur smbil teriak2 panas..panas...ibu..panas..panas... aku mula panik!!!! xtau nak buat apa...terus aku buka kan baju alif cepat2.. masuk bilik air siramkan air... smbil alif menangis smbil berlari keliling rumah..aku terus google internet.. paling mudah sapukan telor...kebetulan tgh ada telor yg aku dh pukul...terus aku sapu kan bdn..tgn..peha sikit... time tu jgk..tipon en suami soh balik cpt.. mula tu en. suami bawakan alif ke klinik...klinik x nak terima..terus pegi kecemasan, Hospital Melaka... meraung alif kena cuci luka...

hampir sebulan berulang pegi hospital tuk cuci luka.. ahamdulillah sekarang dh pulih sepenuhnya...tangan alif yg sentiasa di tutup xnak gerak kan tu pun dh makin ok...dh mahu menggemgam...sekarang tinggal parut yg agak besar jugak kat perut si alif... Ya Allah... Kau saja yg tahu perasaan aku ketika itu... alhamdulillah..semua dh baik....

Aquasel

Doc guna aquasel, rupa lebih kurang mcm dlm pic kat atas tu... ahamdulillah guna tu luka cepat sembuh..buka2 ja luka dh pun kering.. kulit baru pun dh tumbuh cantik...cumanya tinggal parut ja..


dh kena baru nak menyesal...jgn ya kawan2.... 
parut yg tinggal..kat perut yg paling ngeri utk bdk berumur 2y5m

kesan kat tgn.. nak cuci pun kena tunggu alif betul2 nyenyak tidor..doc pesan selalu urutkan sbb takut dia xnak buka..alhamdulillah skang dh nak mggunakan tgn kiri tu.. kalau x seram jgk doc cerita nak masuk spring bagai....

alif dah sihat sepenuhnya... you are my Hero dear...


dan...... hati aku dah semakin stabil... KAU lindungilah anak2 ku....

Monday 17 March 2014

Kari Kepala Ikan Melaka Style

Setiap minggu aktiviti wajib time tengah hari p mkn kari kepala ikan.. mmg mabeles lah..lagi2 kalau ada telor ikan.. smbil mkn smbil pk macam mana la diorg ni buat... Pk saja x menjadi..so haruslah di cuba..

Bahan2 dah ada so aku pun wasap la ex- jiran aku masa tinggal kat bertam jaya dulu (kak roza).. so dpt la aku resepi ringkas tp hasilnya aku puas hati..

Ni ha resepinya :

Lada kering blend ngan halia besar ibu jari .. bwg merah 10 biji n bwg putih 3 ulas..kalu ada lengkuas buh cikit tuk tmbah rasa jer..
Tumis smpai naik bau masuk dlm 2 sudu serbuk kari..buh daun kari 1 tangkai.
Serai nak letak bleh x mau pun xpe. ok aku letak nak kasi wangi..dh naik minyak masuk air cikit jer dulu pastu masuk ikan tu..
agak2 dh rata sume baru tambah air ikut byk mana nak..
bubuh ler bendi n tomato kalu nak.
Last skali masuk air asam jawa grm n aji cikit..
Org tua2 kata kalu letak air asam jawa awal2 nti pahit..wallahualam..so ikut je la petua nya tu ok..

Kalu asam pedas ikan sembilang or pari biasa org mlka letak daun kesum..mmg mabeles..

ok kawan2 sebelah utara nu mau nak try boleh cuba resepi ni.. selamat memasak..

Monday 27 January 2014

Aktiviti Bertangas

BERTANGAS...ada yg pernah buat?aku dh buat dh tadi... best sgt..mulanya nk buat appointment kt SPA tp kesuntukkan masa plak..x sempat la jgk..balik kg next time in shaa Allah... tp aku try buat sendiri dulu kat umah dgn item2 yg dh sedia ada tu... bagus utk org lepas bersalin..try la cuba..

masuk uncang 2 paket dlm air yg betul2 panas..titikan minyak herba tu skit..pastu buat mcm pic ke 3 tu..hihi..mudah ja kan..try la para2 ibu..
sori tunggang langgang skit rsa coz update guna hp ja..x dpt nak susun2 pic cecantik.... babye!!

Saturday 21 December 2013

My Third Baby

Trimester Ke 3, adalah trimester yg ditunggu2..setiap minggu aku menantikan rasa sakit tu hadir. Harap sgt dpt bersalin awal.. x mo kena induce.. sbb aku ni thalasemia carrier..so hb rendah.. doc dh siap bg tarikh tuk admit ward.

Penghujung minggu 38.. rasa sakit itu dh hadir..tp sgt x bersungguh2..biasa2 ja.. se awal pukul 5pgi 10minit sekali selangan masa dah pun rasa..tiba tengahari sakit tu hlg..ok fine..baby acah2 lagi.. dtg petanh terasa plak tp masa boleh tahan smpai mlm..dlm pukul 10 mak aku bersuara..pegi je la hospital..mana la tau kali ni lain plak sakit nya..mls nak pegi lg sbb tanda pun xda turun..

ok dlm pukul 10.30 dgn rela hati aku pegi hospital.. tunggu turn tuk check up jln..tiba2 doc ckp Pn. bukaan dh 4cm ni..jap lagi awk boleh masuk labour room terus...wohooo..bergetar plak rsa.. sambil sembang2 ngn adik aku..aku sambil2 jln2 kesana kemari.. then nurse tanya..akk mkn la dulu.. nti kot letih..aku slumber jawab..rsa mcm x nak mkn dh..ok lagi ni.. kemudian nurse tu masuk pantry dan keluar bawak kan satu mug air milo pns + satu bgkus biskut.. bagus betul servis nurse mlm ni..rezeki anak kan...

nurse nisa tu masuk dlm ward uruskan sorg adik tu x cukup bulan kena admit..kemudian dia keluar tanyakan aku..jom kak kita masuk dlm..aku hold dulu ckp xnak lagi.. ok dia ckp kalau dh sakit sgt paggil dia..sampai ke sudah aku x panggil..dia plak naik risau dan keluar panggilkn aku tuk kali kedua..ok aku pun menyerah diri masuk dlm labour room.. masuk dlm 12.30am 20/12 kmudian doc mulakan procedure kuar kan air kencing kemudian pecahkan ketuban.. masa tu pukul 1am dh.. aku dah boleh budget dlm pukul 1.15am aku mesti akn sakit kuat..berdasarkan pengalaman sblum ni.. dan jgkaan tu mmg betul..sakit..sakit..sakit dan alhamdulillah dlm pukul 1.33am dgn 4 kali teran saja my new born baby boy selamat dilahirkan... welcome boy.. alhamdulillah jgk setiap permintaan aku dlm doa2 selepas solat di makhbulkan...labour room yg mmg diketahui sentiasa penuh pun kosong.. nurse2 yg baik.. kwn sendiri plak tu yg jahitkan..

Yg pasti satu hari tu hingga membawak ke mlm..bdn aku mmg letih gila.. kerah kederat tenaga tuk push out 3.5kg baby boy.. sungguh montel pipi awk..xsabar nak tunggu awk balik umah...

Tuesday 10 September 2013

Gulai Tulang bersama Ubi Kentang

Semalam g Mydin beli brg2 dapur.. jln2 punya jalan nak beli ikan..ikan pulak xda yg menarik..ronda lagi..kemudian en.suami request.."nak x tulang lembu ni..kita wat gulai dgn ubi kentang"... mak aiii..terasa mcm berat sgt nk buat sbb langsung xpernah buat..sebelum ni mkn hasil masakan mak atau tok ja...

Kemudian dlm hati berfikir..x pelah.. kalau belom pernah buat kita buat..mana tahu sedap ke..hihihi...

So arini dh pun buat..gembira xterkata hati ni..sbb rsa mcm mak buat.. sebelum tu kol mak dulu tanya cara2 nya.. alhamdulillah..semuanya bereh....

Harap en.suami pun makan dgn lahapnya arini... :-)
kalau ada ketupat / lemang mmg layan nih.. xpe kita cicah dgn roti je nti mlm...

ni resepi cara saya..

bahan tumis :
* bawang merah 3 bji
*bawang putih 3 ulas
* halia (dimayang)
* daun kari
* kulit kayu manis
* bunga lawang

bahan kisar :
*bawang merah 4 biji
* bawang putih 3 ulas
*bawang besar 1 labu
* halia (sebesar ibu jari)

bahan lain :
serbuk kari daging
kerisek
garam
bahan perasa
santan satu kotak
air satu kotak

cara- cara :
*bancuh serbuk kari dgn air panas
*masukkan tulang kedlm bancuhan td.
*masukkan bahan kisar
*masukkan kerisik
* dan gaulkan sebati
*panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis tadi
* agak dh naik bau, masukkan kesemua bahan yg digaulkan..dan kacau sebati
*biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak
*bila dh pecah minyak, masukkan santan satu kotak kecil.. diikuti dengan air biasa yg di sukat dgn kotak santan tadi. (satu kotak)
* masukkan kentang, kemudian perasakan dgn garam dan bahan perasa.
*tunggu sehingga mendidih dan kentang menjadi lembut
*sedia di hidangkan